Hanya 4 kes dilaporkan
Pada hari ini, hanya 4 kes baharu dilaporkan dengan 40 kes sembuh. Sukacita dimaklumkan tiada pertambahan kes kematian dan menjadikan jumlah kematian disebabkan pendemik ini kekal 121 kes.satu lagi kluster tamat
Dalam pada itu, menerusi media sosial KKM, 1 kluster lagi telah diisytiharkan tamat iaitu kluster Pasar Chow Kit dan menjadikan kluster yang sudah ditutup adalah sebanyak 45 kluster.Tiada pertambahan kes aktif
Selain itu, khabar lega turut diterima apabila tiada satu pun kluster masih aktif yang merekodkan kes pada hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak KKM menerusi Facebook dan Twitter yang turut memperincikan berkenaan semua kluster serta perkembangan Covid-19 di Malaysia pada hari ini.
Sumber: KKM

Posting Komentar
Posting Komentar