Menerusi Instagram Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU), pengerusinya Dato Ahmad Tajuddin Idris mengaturkan pertemuan Wany dan ibunya bersama Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an.
“Atase Agama menghadiahkan Wani dan ibunya naskah Quran Terjemahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semoga Wani dan ibu dapat manfaat dari hadiah Quran yang disampaikan,” tulisnya.
Terima kasih Raja Salman!
Terdahulu menerusi laporan Bernama, sejumlah 20,000 naskhah al-Quran sumbangan Raja Salman Abdulaziz Al Saud akan diagihkan pada tahun ini ke seluruh Malaysia sebagai penghargaan dan kasih baginda kepada rakyat.
Sumber : iLMU , Bernama

Posting Komentar
Posting Komentar