Sudah tentunya, pemergian Siti Nur Nasuha ini memberikan tamparan hebat buat suamiya Syazwan Najmi Zulkarni yang tidak menyangkakan pemergian mengejut arwah isterinya pada ketika itu.
Kedua-dua kembar membesar dengan baik…
Bayi kembar perempuan pasangan ini iaitu Medina Safiya dan Medina Sofiya membesar dengan sihat dan membaik walaupun dilahirkan dengan keadaan pra-matang sekitar bulan Mac lalu. Malah, kedua-duanya dikhabarkan semakin montel dan raut wajahnya mereka mula menyerupai arwah ibu mereka.
“Pengorbanan arwah isteri menjadikan saya dapat bergelar seorang ayah dan saya tak akan sia-siakan setiap detik manis bersama si kembar kami.” Jelas bapa berusia 23 tahun ini kepada Harian Metro.
Ahli keluarga tak putus-putus melawat
Sejak pemergian arwah isteri tercinta, Syazwan Najmi Zulkarni menerima ziarah yang tidak putus-putus daripada ahli keluarga terdekat, setelah kerajaan memberi kebenaran untuk saling kunjung mengunjung untuk melihat keadaan si kembar.
Arwah Siti Nur Nasuha Shafie menghembus nafas terakhirnya di ICU tanpa sempat menatap dan memeluk kedua-dua anak kembarnya yang dilahirkan 31 Mac 2020.

Sumber: Siti Rohana Idris ( Berita Penuh Harian Metro)

Posting Komentar
Posting Komentar