Sebelum ini pelakon veteran Norlia Ghani memaklumkan bahawa dia terkejut kerana dimaklumkan tidak layak mendapat baki Bantuan Prihatin Nasional (BPN), walaupun pembayaran fasa pertama sudah diterima pada awal April lalu.
Menerima nasib yang sama, aktor terkenal pada era 90-an, Edika Yusof pula berkongsian dan memaklumkan menimpa nasib yang sama seperti pelakon veteran berkenaan. Seperti yang sedia maklum, Edika Yusof yang kini hanya bergantung harap kerja sepenuh masa sebagai pelakon sahaja.
“Ya, saya tidak layak…”
Menerusi ruangan komen di Instagram milik Mstar, Edika Yusof dilihat meninggalkan sebuah komen mengenai luahan Norlia Ghani tidak layak menerima baki BPN. Edika Yusof mengakui bahawa dia juga tidak mendapat bantuan tersebut meskipun kini hanya bekerja sepenuh masa sebagai pelakon.

Sebelum ini, Edika Yusof pernah berkongsikan kisah hidupnya apabila terpaksa meninggalkan kerjayanya demi memberi seluruh tumpuan kepada isterinya Norhidayah yang lvmpuh separuh badan sejak 15 tahun lalu.

Rata-rata peminat menasihati Edika supaya membuat permohonan rayvan yang boleh dibuat sama ada di portal rasmi BPN atau kaunter-kaunter LHDNM berhampiran.

Malah ada yang berpendapat, pelakon berusia 53 tahun kemungkinan besar permohonannya ditolak adalah kerana dia mempunyai perniagaan sendiri.
Berstatus Ibu Tunggal Dan Tak Diberi Nafkah, Sharifah Sofia Kec3wa BPN Tak Lulus
Pelakon cantik manis, Sharifah Sofia meluahkan rasa kec3wanya apabila permohonan untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilaporkan g4gal.

Kredit foto: IG
Dia yang meluahkan rasa tidak puas hati di laman Twitter itu berasa kecewa kerana situasinya kini yang bergelar ibu tunggal dan hanya bergaji minimum tidak mendapat bantuan sewajarnya.
Malah, Sofia juga mendakwa dirinya tidak mendapat nafkah selama ini.
“I am not happy! I’m a div0rced mother raising 2 children, on minimum wage and gets no nafkah. and tak layak.. thanks @LHDNMofficial” ciapnya.

Kredit foto: Sharifah Sofia
Sofia juga berkongsi mengenai permohonanya itu yang ditolak atas alasan mempunyai duplikasi permohonan. Pihak kerajaan baru-baru ini, melaporkan terdapat hampir 1.2 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk BPN telah diluluskan berjumlah hampir RM1.7 billion.

Kredit foto: Twitter Sharifah Sofia
Sharifah Sofia telah bergelar ibu tunggal selepas pendedahannya mengenai perkahwinannya bersama bekas suami, Syed Ismail Syed Ibrahim telah berakhir. Dia dan bekas suami telah sepakat untuk menjaga anak-anak mereka tanpa sebarang mas4lah.
Sofia dan Syed Ismail mendirikan rumah tangga pada Oktober 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera.
Norlia Ghani Terkejut Tidak Layak Terima Baki BPN
Jika semalam, pelakon veteran Mak Wan memaklumkan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak lulus, kali ini Norlia Ghani pula turut menerima nasib sama. Bagaimanapun, lain pula situasi yang berlaku pada pelakon veteran itu.
Pelakon 72 tahun itu terkejut diberitahu tidak layak mendapat bayaran baki BPN sedangkan pembayaran fasa pertama sudah diterima April lalu. Lebih musykil apabila Lembaha Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberitahu namanya berdaftar pada sebuah syarikat.

“Pada awalnya saya layak dan sudah pun terima pembayaran awal BPN pada April lalu dan sepatutnya akan terima baki selebihnya seperti orang lain. Tapi tiba-tiba bila saya periksa, tak layak pula.
“Jadi saya dan anak pergi la LHDN untuk bertanyakan perkara itu dan terkejut bila diberitahu yang saya tak layak sebab ada syarikat. Pihak LHDN cakap mungkin ada orang guna nama atau saya ada tanda tangan untuk mana-mana syarikat.
“Setahu saya memang tak pernah lagi saya buka syarikat atau mungkin saya sendiri yang bersikap cuai atau tak sedar beri tanda tangan pada kenalan. Benda itu saya tak perasan pula dan tak ingat,” katanya kepada mStar.
Norlia berkata dia pasrah jika tidak mendapat bantuan tersebut memandangkan ramai yang berkongsikan turut mengalami nasib sama sepertinya. Katanya lagi, Norlia berharap COV1ID-19 akan segera berakhir supaya dapat mencari rezeki semula.
“Saya pasrah sekiranya tidak dapat bantuan tersebut. Cuma saya berasa hairan tiba-tiba saya tak layak sebab tu saya pergi check di LHDN. Sebenarnya apa yang saya harapkan COVI1D-19 cepat berakhir.
“Bila wab4k ini berakhir saya dapat kerja semula walaupun tak ada la banyak penggambaran. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat cari rezeki sendiri,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Posting Komentar
Posting Komentar